Friday, February 19, 2010

Hanya menumpang sinaran cahaya...

"Pegi bagitau mak kamu, mintak halal pada dia!.."
Huh, sedih gak dengar cerita Pak Wan tadi, padahal dalam meeting ni..rasanya ada ahli mesyuarat yg sebak bila cerita beliau hampir dipenghujung.
Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan tema tahun ni dalam bengkel pelajar "Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Pelajar"..eloklah selari dengan tema Maal Hijrah. Jadi, semua aktiviti yang dirancang kena ada konsep persaudaraan demi kebaikan pelajar kelak..
Pak Wan minta pelajar ditekankan juga dengan aspek rohani lebih dari biasa. Katanya bila mereka besar jangan jadi macam sekarang, ada yang kurang 'ajaq'(loghat penang)!
Riwayat kamil beliau pun bermula pasal apa budak-budak skarang degil?jawapannya sebab salah mak ayah..(?!) bagi makan anak-anak benda tak halal, tak berkat, tak suci dan syubhah..
Al-kisah ada satu keluarga miskin, si ibu tunggal menyara anaknya..pendekkan cerita anaknya ini seorang yang genius..orang tulis dalam buku tapi dia ni tulis atas tanah!bila dah hafal, dipadamnya tulisan dan tulis yang lain..
Begitulah cara si anak belajar hinggalah satu hari..si anak dapati ingatan dan mindanya tak power macam dulu lalu dia pun mengadu pada guru. Si guru memberitahu supaya beliau bertanya kepada ibunya apa makanan yang diberi?apa sumbernya?
Si anak pun memulakan sesi soal jawap ngn ibunya:
Anak: Ibu, apakah makanan yang ibu bagi kat saya ni dari sumber yang tidak halal?
Ibu: Eh, engkau pun tahu..aku baru ambik upah menjahit baju-baju ni...dan tak ada kerja
yang tak halal aku lakukan untuk sara keluarga kita.
Anak:Ye..dari siang sampai malam saya tengok ibu menjahit..tapi macam mana ibu menjahit
waktu malam sedangkan kita tak ada elektrik?
Ibu: Ibu tumpang cahaya lampu rumah orang sebelah tu..
Keesokan harinya si anak bercerita kepada gurunya tadi. Berkata si guru pula:
Guru: Ibumu seorang yang mulia tapi beliau menumpang cahaya lampu orang tanpa izin tuannya..
Murid: Habis apa yang harus saya lakukan guru?
Guru: Pergi bagitau mak kamu dan mintak halal pada dia..!pasti kamu akan kembali seperti dulu..
Subhanallah, sampai begitu sekali kesannya..fikir-fikirkanlah
Wallahu a'lam

Saturday, February 13, 2010

Open table..





Allahumma bariklana fima razaqtana waqina 'azabannar..amin


Seusai solat maghrib di tingkat atas, kami anak beranak mengaminkan bacaan doa makan si ubai yang baru masuk alam persekolahan jan lalu..malam ni kami menjamu selera di restoran "Your Halal Chinese Cuisine-Radix Oriental" anak syarikat HPA, Sg. Petani..saje lah bawak anak-anak makan kat sini pulak, asyik-asyik kat RFC je..walaupun nampak eksklusif tapi harga boleh tahan la.Bergantung pada apa yang kita order..tapi tadi kami makan set B (4-6 pax) kira ok la..(maklumla bonus Apex baru masuk :), alhamdulillah...)


Saya dan isteri dah ajar anak-anak kami tak pergi lagi ke restoran-restoran USA ni macam KFC, pizza hut, Mc Donald atau pasaraya seperti Tesco yang terang-terang milikan Yahudi..kalau teringin sangat nak makan kami sanggup bayar tol dari Penang ke Sg.Petani cari Radix Fried Chicken, Radix Pizza, Nasi Ayam Radix dan sewaktu dengannya ataupun pasaraya rakyat kita Giant..(wah dapat publisiti percuma je diorang ni)


Bukan apa, sejak serangan Gaza dulu, anak-anak yang tengah membesar tanya macam-macam yang menjerat mak bapak diaorang ni..apatah lagi selepas serangan tu banyak pulak poster dan banner "Boikot produk Yahudi", anak-anak bertanya lagi kenapa beli itu..kan ke tu yahudi punya?kenapa beli kat sini kan nanti diorang bantu bunuh raykat Palestin?huh..





Oleh kerana dah ada banyak produk Muslim dan restoran-restoran 100% Halalan Toyyiba tambah lagi yang macam produk HPA tu, kami tak mungkin lagi jejak kaki ke restoran 'pakcik senyum berapron putih' atau 'si badut berkasut besar' tu..bak kata orang arab "ma'assalamah!!"






Thursday, February 11, 2010


Ujian dalam menuntut ilmu..




Sedihnya bila dapat tau ada masalah dalam perjalanan mengejar segulung ijazah tinggi ni..masalah teknikal je sepatutnya tak berlaku (tapi dah berlaku dengan iradat Allah) tapi nak sedih pun watpe nak mengadu pun hanya pada Dia dan sahabat karib je. Alhamdulillah banyak yang dia ingatkan.. sabar lah kata dia, ujian Allah! kadang-kadang tu ada orang nak sambung study pun tak dapat. Ni kira dah hampir ke garisan penamat..huh




Fikir balik memang banyak faedah bila kita sabar dan tenang dalam ujian menuntut ilmu. sebab itu imam syafi'i rahimahullah mengembara dari Palestin ke Madinah, Mekah, Iraq, Iran, Yaman, Mesir untuk mengisi ilmu dan sampaikan kepada masyarakat. Memang super power kehebatan imam syafi'i ni dalam ingatan dan keikhlasan beliau.




Penulis sempat menziarahi beberapa kali makam beliau di Kaherah semasa menuntut, masih ada lagi peninggalan sekolah lama di sebelah masjid beliau tempat beliau menghembuskan nafas. Suasana tenang dengan angin desa, jauh dari hiruk pikuk zahmah bandar Kaherah sesuai untuk menelaah ilmu..dan yang paling penulis kagum di puncak menara kubah. Bukan bulan sabit dan bintang..tapi sampan! Fikir-fikirkanlah.. :)






Tuesday, February 9, 2010

AYAT-AYAT CINTA SUAMI ISTERI..
(sekadar hiburan mendidik jiwa..)

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuah.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: pang! pang! pang! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah 6 tahun: K..
6 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I´m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer. T

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

More Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..

More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

(harap-harap tak berlaku dalam famili kita...biar cinta dan kasih sayang segar bugar sepanjang hayat..)

Monday, February 8, 2010

Mahar yang Mahal!!
Kelmarin sempat mengikuti program kt DKG anjuran pmi bertajuk "Mahar Si Dia"..menarik jugak forum tu dengan barisan pensyarah usm dan pegawai lppkn. Dr Jasni, Dr Hasanah dan Us Ibrahim. Masing-masing kupas pasal apa mahar jadi mahal hari ni..
Kalau ikutkan mahar di Malaysia ni kira ok lagi walaupun tiap-tiap negeri berbeza. Ada juga yang jadikan duit hantaran sebagai mahar. Cuma sebahagian keluarga sebelah pengantin perempuan yang terpaksa letak harga mahar sampai pengantin lelaki tercekik disebabkan oleh mak sedara dan sepupu-sepapat. Nanti dikata orang murah sangat!!
Mahar atau maskahwin tu memang wajib sebab al-Qur'an perintahkan diberi kepada isteri yang dinikahi:
"Dan berikanlah wanita-wanita itu maskahwin mereka sebagai pemberian (yang wajib)..." (surah al-Nisa':4)
Walaupun wajib diberi tetapi wanita itu juga boleh berkongsi membelanjakan mahar itu dengan suami mereka berdasarkan sambungan ayat tadi:
"...kemudian jika mereka menyerahkan sebahagiannya kepada kamu maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat"
Masalahnya berapa ramai wanita yang nak berkongsi dengan suami maskahwin mereka lepas ijabqabul?

Friday, February 5, 2010

Isu Couple...

Couple lagi?
Tadi baru abis buat temuramah dengan student tentang isu couple dalam kampus. Sakit hati dengar berita-berita golongan yang ber couple ni semakin berani dan tak makan saman. Ada yang kena tangkap dengan polis pun ada..masya Allah. .memang la diaorang ni menconteng arang di muka mak ayah..bukan ijazah yang dibawa balik tapi anak dalam kandungan yang tak tau bapaknya.
Islam memandang berat permasalahan couple ni, sebab itu awal-awal langkah pencegahan ialah jangan menghampirinya.
Allah berfirman."وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا",
Yang bermaksud,"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk". (Al-Isra' 17:32)
Allah berfirman agar melarang manusia dari menghampiri perbuatan zina dan lebih-lebih lagi berzina.
Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:"Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya."(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Qadar, No 6122; Kitab al-Isti'dhan, No.5774. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Kitab al-Qadar, No 4801; juga oleh Abu Dawud dan Imam Ahmad)
Berbalik kepada persoalan couple di kampus tadi, mereka bertanya kepada saya apa yang telah kami lakukan untuk mengatasi masalah ini?(Hm..biasalah mesti nak harap orang lain buat kerja). Persoalan saya pula adakah kerja-kerja tegur-menegur ini kerja kami sahaja? sudah tentu tidak, ia kerja yang bersifat wajib kepada semua muslimin dan muslimat untuk mencegah kemungkaran dan nasihat menasihati. Metod sahaja berlainan dan ia memang tidak sama. Masalah tidak berani, tak ada kuasa untuk menghalang dan sebagainya hanyalah alasan rapuh untuk membolehkan kita berundur dari kerja-kerja dakwah ini..Failure is not an option! Teruskan juga walaupun golongan pendakwah pun ada yang tak setuju kerja-kerja tangkap couple nih dengan alasan-alasan mereka. Senang sungguh nak hidup!

Thursday, February 4, 2010

Ahlan Wa Sahlan...

4 Februari 2010..





Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memiliki blog sendiri. Tu pun semua dengan bantuan orang lain..semoga Allah memberkati beliau dan seluruh keluarganya..Segalanya atas nama keikhlasan walaupun seberat mana tugas harian, setinggi mana jawatan yang disandang tapi kalau dah namanya IKHLAS tu..semua akan jadi mudah dan ringan apatah lagi dipermudah dan diringankan oleh Allah.

Bercakap soal ikhlas ni memang mudah tapi nak praktikkannya cukup payah. Siapa saja, tokoh politik, ilmuwan, tokoh agama, cikgu-cikgu, mak ayah dan siapa saja memang diuji dengan keikhlasan. Jangan sampai orang kata "cakap tak serupa bikin.."


Tapi ganjaran bagi orang ikhlas memang tak terhitung..

Ganjaran bagi yang beribadat dengan ikhlas juga lagilah tidak terhitung..juga bagi orang yang membantu saya ni pun agar juga dibalas dengan nikmat yang tidak terhitung juga.. :)


Semoga kita semua mendapat keampunan dari-Nya dan cukuplah sekadar pembuka bicara..