Monday, February 8, 2010

Mahar yang Mahal!!
Kelmarin sempat mengikuti program kt DKG anjuran pmi bertajuk "Mahar Si Dia"..menarik jugak forum tu dengan barisan pensyarah usm dan pegawai lppkn. Dr Jasni, Dr Hasanah dan Us Ibrahim. Masing-masing kupas pasal apa mahar jadi mahal hari ni..
Kalau ikutkan mahar di Malaysia ni kira ok lagi walaupun tiap-tiap negeri berbeza. Ada juga yang jadikan duit hantaran sebagai mahar. Cuma sebahagian keluarga sebelah pengantin perempuan yang terpaksa letak harga mahar sampai pengantin lelaki tercekik disebabkan oleh mak sedara dan sepupu-sepapat. Nanti dikata orang murah sangat!!
Mahar atau maskahwin tu memang wajib sebab al-Qur'an perintahkan diberi kepada isteri yang dinikahi:
"Dan berikanlah wanita-wanita itu maskahwin mereka sebagai pemberian (yang wajib)..." (surah al-Nisa':4)
Walaupun wajib diberi tetapi wanita itu juga boleh berkongsi membelanjakan mahar itu dengan suami mereka berdasarkan sambungan ayat tadi:
"...kemudian jika mereka menyerahkan sebahagiannya kepada kamu maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat"
Masalahnya berapa ramai wanita yang nak berkongsi dengan suami maskahwin mereka lepas ijabqabul?

Friday, February 5, 2010

Isu Couple...

Couple lagi?
Tadi baru abis buat temuramah dengan student tentang isu couple dalam kampus. Sakit hati dengar berita-berita golongan yang ber couple ni semakin berani dan tak makan saman. Ada yang kena tangkap dengan polis pun ada..masya Allah. .memang la diaorang ni menconteng arang di muka mak ayah..bukan ijazah yang dibawa balik tapi anak dalam kandungan yang tak tau bapaknya.
Islam memandang berat permasalahan couple ni, sebab itu awal-awal langkah pencegahan ialah jangan menghampirinya.
Allah berfirman."وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا",
Yang bermaksud,"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk". (Al-Isra' 17:32)
Allah berfirman agar melarang manusia dari menghampiri perbuatan zina dan lebih-lebih lagi berzina.
Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:"Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya."(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Qadar, No 6122; Kitab al-Isti'dhan, No.5774. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Kitab al-Qadar, No 4801; juga oleh Abu Dawud dan Imam Ahmad)
Berbalik kepada persoalan couple di kampus tadi, mereka bertanya kepada saya apa yang telah kami lakukan untuk mengatasi masalah ini?(Hm..biasalah mesti nak harap orang lain buat kerja). Persoalan saya pula adakah kerja-kerja tegur-menegur ini kerja kami sahaja? sudah tentu tidak, ia kerja yang bersifat wajib kepada semua muslimin dan muslimat untuk mencegah kemungkaran dan nasihat menasihati. Metod sahaja berlainan dan ia memang tidak sama. Masalah tidak berani, tak ada kuasa untuk menghalang dan sebagainya hanyalah alasan rapuh untuk membolehkan kita berundur dari kerja-kerja dakwah ini..Failure is not an option! Teruskan juga walaupun golongan pendakwah pun ada yang tak setuju kerja-kerja tangkap couple nih dengan alasan-alasan mereka. Senang sungguh nak hidup!

Thursday, February 4, 2010

Ahlan Wa Sahlan...

4 Februari 2010..





Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memiliki blog sendiri. Tu pun semua dengan bantuan orang lain..semoga Allah memberkati beliau dan seluruh keluarganya..Segalanya atas nama keikhlasan walaupun seberat mana tugas harian, setinggi mana jawatan yang disandang tapi kalau dah namanya IKHLAS tu..semua akan jadi mudah dan ringan apatah lagi dipermudah dan diringankan oleh Allah.

Bercakap soal ikhlas ni memang mudah tapi nak praktikkannya cukup payah. Siapa saja, tokoh politik, ilmuwan, tokoh agama, cikgu-cikgu, mak ayah dan siapa saja memang diuji dengan keikhlasan. Jangan sampai orang kata "cakap tak serupa bikin.."


Tapi ganjaran bagi orang ikhlas memang tak terhitung..

Ganjaran bagi yang beribadat dengan ikhlas juga lagilah tidak terhitung..juga bagi orang yang membantu saya ni pun agar juga dibalas dengan nikmat yang tidak terhitung juga.. :)


Semoga kita semua mendapat keampunan dari-Nya dan cukuplah sekadar pembuka bicara..