Monday, March 22, 2010

Ingat pesanan PLUS..

"Abis terbang RM100..dah la nak balik Penang" waled merungut kecil.
silap waled jugak!

-----------------------------------------------------------------------
Pagi tu kami bertolak dari kampung di n9 jam 10.00am menuju ke Utara tanah air.


"Anak-anak baca doa naik kenderaan" ibu mula bersuara.

"alhamdulillahillazi..." hm..berterabur tak serentak tapi kira okeylah sebab masing-masing hafal doa tu.


Seperti biasa hiruk pikuk dalam kereta mula kedengaran. Mula-mula bergurau lepas tu berkelahi klimaksnya menangis. Anak-anak..ketiga-tiganya hero. Boleh bertahan 10 minit je lepas tegur sebelum bising semula...


Bagi mengelak terus menerus macam tu, waled mula bukan radio IKIM.fm 102.7 "Pilihan Utama"


wah, rancangan sampaikan salam hujung minggu..seronok kalau dapat on air nih.

"Waled nak buat ucapan untuk wan ngan atuk kat kampung, nak dengar tak?"


"naaak!"pakat-pakat menjerit


Waled mula dail nombor IKIM..talian sibuk


Sambil memandu, waled bersembang dengan ibu. "Alhamdulillah kereta tak banyak sebab kita bertolak pagi"


"Tu lah, kalau petang mesti jemm nih" balas ibu. Cuti sekolah dah abis orang mula nak balik lagipun esok kerja.


Kereta meluncur sampai jalan Rahang, Seremban..Waled cuba sekali lagi dail IKIM sebab tak mau hampakan janji tadi.


"Ya siapa ditalian.." DJ IKIM menegur..


Dalam percaya dengan tak, waled terus buat ucapan salam dan selamat berhujung minggu kepada isteri, anak-anak dan....


"Gedegangggg...."


"Hello.." DJ terkejut


"..dan kepada mak ayah di kampung n9. sekian" waled gabra. memang panik


Apa tidaknya..waled dah terlanggar kereta yang brek kat depan!


moral: jangan gunakan hand phone ketika memandu. Allah tidak menzalimi hamba-Nya tapi kita lah yang menzalimi diri kita sendiri..(walaupun dah baca doa tadi!)




Saturday, March 6, 2010

Ujian-ujian itu tak kan padamkan semangat saya...

Selang beberapa hari lagi penulis akan ke Universiti Negeri Jakarta, Indonesia. Alhamdulillah, peluang yang diberi Allah ini akan digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman. Banyak 'umpan' untuk hadir ke seminar atau persidangan dah dibuat cuma setakat ini UNJ yang bagi jawapan..tak apa, mungkin nak kena bagi 'umpan' lain.. :)


Kali ni seminar antarabangsa di Jakarta benar-benar menguji dan penulis rasa teruja dengan pelawaan untuk buat pembentangan..padahal ini bukan pertama kali bentang paper! namun berbekal 'moral support' dari sayap kiri dan pengorbanan cahaya mata ke-4 yang akan terbang bersama-sama ke UNJ membuatkan semangat kini berkobar-kobarlah pulak..




Walaupun hanya seminggu tapi besar maknanya setelah menempuh ujian-ujian untuk mengkhatamkan pengajian di sini. Alhamdulillah, ke UNJ ibarat merawat kedukaan dan kembalikan roh menuntut ilmu fi sabilillah. "Ujian-ujian itu tak kan memadamkan semangat saya" janji penulis kepada boss PMNMS..beliau tau benar apa yang penulis alami dan menganggap beliau sebagai bapa sendiri di pulau mutiara ni..maklumlah kami ni anak di perantauan.



Akhir kalam, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih dengan dorongan dan peransang yang diberi buat isteri tersayang 'MAMA', anak-anak MAF, MFAR, MUAJ, MTAH, sahabat ASK, teman-teman dari PI dan paling tidak dilupakan ibubapa tersayang..(macam ucapan nak sambut hari raya la pulak!)

Friday, February 19, 2010

Hanya menumpang sinaran cahaya...

"Pegi bagitau mak kamu, mintak halal pada dia!.."
Huh, sedih gak dengar cerita Pak Wan tadi, padahal dalam meeting ni..rasanya ada ahli mesyuarat yg sebak bila cerita beliau hampir dipenghujung.
Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan tema tahun ni dalam bengkel pelajar "Memantap Ukhuwwah, Memperkasa Pelajar"..eloklah selari dengan tema Maal Hijrah. Jadi, semua aktiviti yang dirancang kena ada konsep persaudaraan demi kebaikan pelajar kelak..
Pak Wan minta pelajar ditekankan juga dengan aspek rohani lebih dari biasa. Katanya bila mereka besar jangan jadi macam sekarang, ada yang kurang 'ajaq'(loghat penang)!
Riwayat kamil beliau pun bermula pasal apa budak-budak skarang degil?jawapannya sebab salah mak ayah..(?!) bagi makan anak-anak benda tak halal, tak berkat, tak suci dan syubhah..
Al-kisah ada satu keluarga miskin, si ibu tunggal menyara anaknya..pendekkan cerita anaknya ini seorang yang genius..orang tulis dalam buku tapi dia ni tulis atas tanah!bila dah hafal, dipadamnya tulisan dan tulis yang lain..
Begitulah cara si anak belajar hinggalah satu hari..si anak dapati ingatan dan mindanya tak power macam dulu lalu dia pun mengadu pada guru. Si guru memberitahu supaya beliau bertanya kepada ibunya apa makanan yang diberi?apa sumbernya?
Si anak pun memulakan sesi soal jawap ngn ibunya:
Anak: Ibu, apakah makanan yang ibu bagi kat saya ni dari sumber yang tidak halal?
Ibu: Eh, engkau pun tahu..aku baru ambik upah menjahit baju-baju ni...dan tak ada kerja
yang tak halal aku lakukan untuk sara keluarga kita.
Anak:Ye..dari siang sampai malam saya tengok ibu menjahit..tapi macam mana ibu menjahit
waktu malam sedangkan kita tak ada elektrik?
Ibu: Ibu tumpang cahaya lampu rumah orang sebelah tu..
Keesokan harinya si anak bercerita kepada gurunya tadi. Berkata si guru pula:
Guru: Ibumu seorang yang mulia tapi beliau menumpang cahaya lampu orang tanpa izin tuannya..
Murid: Habis apa yang harus saya lakukan guru?
Guru: Pergi bagitau mak kamu dan mintak halal pada dia..!pasti kamu akan kembali seperti dulu..
Subhanallah, sampai begitu sekali kesannya..fikir-fikirkanlah
Wallahu a'lam

Saturday, February 13, 2010

Open table..





Allahumma bariklana fima razaqtana waqina 'azabannar..amin


Seusai solat maghrib di tingkat atas, kami anak beranak mengaminkan bacaan doa makan si ubai yang baru masuk alam persekolahan jan lalu..malam ni kami menjamu selera di restoran "Your Halal Chinese Cuisine-Radix Oriental" anak syarikat HPA, Sg. Petani..saje lah bawak anak-anak makan kat sini pulak, asyik-asyik kat RFC je..walaupun nampak eksklusif tapi harga boleh tahan la.Bergantung pada apa yang kita order..tapi tadi kami makan set B (4-6 pax) kira ok la..(maklumla bonus Apex baru masuk :), alhamdulillah...)


Saya dan isteri dah ajar anak-anak kami tak pergi lagi ke restoran-restoran USA ni macam KFC, pizza hut, Mc Donald atau pasaraya seperti Tesco yang terang-terang milikan Yahudi..kalau teringin sangat nak makan kami sanggup bayar tol dari Penang ke Sg.Petani cari Radix Fried Chicken, Radix Pizza, Nasi Ayam Radix dan sewaktu dengannya ataupun pasaraya rakyat kita Giant..(wah dapat publisiti percuma je diorang ni)


Bukan apa, sejak serangan Gaza dulu, anak-anak yang tengah membesar tanya macam-macam yang menjerat mak bapak diaorang ni..apatah lagi selepas serangan tu banyak pulak poster dan banner "Boikot produk Yahudi", anak-anak bertanya lagi kenapa beli itu..kan ke tu yahudi punya?kenapa beli kat sini kan nanti diorang bantu bunuh raykat Palestin?huh..





Oleh kerana dah ada banyak produk Muslim dan restoran-restoran 100% Halalan Toyyiba tambah lagi yang macam produk HPA tu, kami tak mungkin lagi jejak kaki ke restoran 'pakcik senyum berapron putih' atau 'si badut berkasut besar' tu..bak kata orang arab "ma'assalamah!!"