Couple lagi?
Tadi baru abis buat temuramah dengan student tentang isu couple dalam kampus. Sakit hati dengar berita-berita golongan yang ber couple ni semakin berani dan tak makan saman. Ada yang kena tangkap dengan polis pun ada..masya Allah. .memang la diaorang ni menconteng arang di muka mak ayah..bukan ijazah yang dibawa balik tapi anak dalam kandungan yang tak tau bapaknya.
Islam memandang berat permasalahan couple ni, sebab itu awal-awal langkah pencegahan ialah jangan menghampirinya.
Allah berfirman."وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا",
Yang bermaksud,"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk". (Al-Isra' 17:32)
Allah berfirman agar melarang manusia dari menghampiri perbuatan zina dan lebih-lebih lagi berzina.
Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:"Sesungguhnya telah tertulis (ditetapkan), bagi setiap anak Adam (manusia) bahagian mereka daripada zina yang pasti dia akan dapat tanpa kecuali (kecuali dengan izin Allah). Maka zina mata ialah dengan melihat, zina lidah ialah dengan bercakap, zina hati (jiwa) dengan berangan-angan dan berkeinginan (nafsu syahwat), dan (bergantung kepada) kemaluanlah sama ada untuk membenarkan (keinginan itu), atau menafikannya."(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab al-Qadar, No 6122; Kitab al-Isti'dhan, No.5774. Juga diriwayatkan oleh Muslim, Kitab al-Qadar, No 4801; juga oleh Abu Dawud dan Imam Ahmad)
Berbalik kepada persoalan couple di kampus tadi, mereka bertanya kepada saya apa yang telah kami lakukan untuk mengatasi masalah ini?(Hm..biasalah mesti nak harap orang lain buat kerja). Persoalan saya pula adakah kerja-kerja tegur-menegur ini kerja kami sahaja? sudah tentu tidak, ia kerja yang bersifat wajib kepada semua muslimin dan muslimat untuk mencegah kemungkaran dan nasihat menasihati. Metod sahaja berlainan dan ia memang tidak sama. Masalah tidak berani, tak ada kuasa untuk menghalang dan sebagainya hanyalah alasan rapuh untuk membolehkan kita berundur dari kerja-kerja dakwah ini..Failure is not an option! Teruskan juga walaupun golongan pendakwah pun ada yang tak setuju kerja-kerja tangkap couple nih dengan alasan-alasan mereka. Senang sungguh nak hidup!
1 comment:
isu couple mmg x asing di IPT sejak dulu lg. tp sejak kebelakangan ni dah semakin menjadi2 sampai ada yg mengandung. sangat2 mendukacitakan dan memalukan. bagaimana ibubapa nak menerima perbuatan anak yg menconteng arang di muka mereka. lebih memburukkan keadaan anak yg dikandung dibunuh/buang. apa nak jadi remaja sekarang. (bukan remaja je... org tua pon ada gak yg buruk akhlak nih)
Post a Comment