Saturday, March 6, 2010

Ujian-ujian itu tak kan padamkan semangat saya...

Selang beberapa hari lagi penulis akan ke Universiti Negeri Jakarta, Indonesia. Alhamdulillah, peluang yang diberi Allah ini akan digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman. Banyak 'umpan' untuk hadir ke seminar atau persidangan dah dibuat cuma setakat ini UNJ yang bagi jawapan..tak apa, mungkin nak kena bagi 'umpan' lain.. :)


Kali ni seminar antarabangsa di Jakarta benar-benar menguji dan penulis rasa teruja dengan pelawaan untuk buat pembentangan..padahal ini bukan pertama kali bentang paper! namun berbekal 'moral support' dari sayap kiri dan pengorbanan cahaya mata ke-4 yang akan terbang bersama-sama ke UNJ membuatkan semangat kini berkobar-kobarlah pulak..




Walaupun hanya seminggu tapi besar maknanya setelah menempuh ujian-ujian untuk mengkhatamkan pengajian di sini. Alhamdulillah, ke UNJ ibarat merawat kedukaan dan kembalikan roh menuntut ilmu fi sabilillah. "Ujian-ujian itu tak kan memadamkan semangat saya" janji penulis kepada boss PMNMS..beliau tau benar apa yang penulis alami dan menganggap beliau sebagai bapa sendiri di pulau mutiara ni..maklumlah kami ni anak di perantauan.



Akhir kalam, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih dengan dorongan dan peransang yang diberi buat isteri tersayang 'MAMA', anak-anak MAF, MFAR, MUAJ, MTAH, sahabat ASK, teman-teman dari PI dan paling tidak dilupakan ibubapa tersayang..(macam ucapan nak sambut hari raya la pulak!)

2 comments:

Anonymous said...

Tajuk yang menarik. Syabas kerana tidak tewas dengan ujian. Memang kita tak sepatutnya putus asa dan patah semangat bila datangnya ujian. Terutama untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ni. Buktinya, Junjungan Rasulullah sendiri telah menempuh jalan yang paling sukar. Kitalah yang perlu rawat dan pujuk hati yang kecewa. Pengaduan kepadaNya dengan sepenuh hati dan bercucuran airmata selalunya dapat menenangkan jiwa.
Tahniah sekali lagi. Mudah2an usaha dan ikhtiar berkorban masa dan tenaga demi agama dipermudahkan. Selamat jalan. Moga selamat perjalanan pergi dan balik, dipanjangkan umur bertemu lagi di persada maya. Salam ziarah.

waled said...

jazakallahu khairal jaza'..terima kasih.semoga Allah memberkati anda sekeluarga.bila teringat pengorbanan Rasulullah ketika di Makkah buat kita jadi terkedu