Monday, May 17, 2010

Toriq Ibnu Ziyad tidak membakar kapal-kapal?



Sejak kebelakangan ini waled sudah mula mendengar kritikan daripada para pencinta sejarah al-Andalus tentang dakwaan Panglima perang Toriq bin Ziyad. Ramai diantara kita masih berpegang dengan fakta bahawa Toriq bin Ziyad mengarahkan supaya dibakar kapal-kapal tentera ketika memasuki Andalus. Bagaimana pula dengan anda?

Antara fakta yang diperolehi ialah dalam kitab-kitab sejarah Islam tidak ada kisah Toriq bin Ziyad sedemikian melainkan buku-buku sejarah yang ditulis oleh Barat dan Eropah!

Waled buat penyelidikan dan setakat ini mempercayai bahawa Toriq bin Ziyad tidak membakar kapal-kapal tersebut!

Bagi rakan-rakan yang ingin mendengar penjelasan lengkap teks dan audio (dalam Bahasa Arab)daripada D. Ragheb Ragheb Sergani Hanafi seorang Doktor Urology dari Cairo University sila ke laman

http://majles.alukah.net/showthread.php?t=17468


Jika diizinkan Allah, waled akan terjemahkan untuk sebarkan kepada pembaca lain..

2 comments:

Ashraf said...

Menarik gak fakta ni along...klw ada masa harap boleh siarkan terjemahan, tak pernah dengar pun pandangan len dalam isu ini

skoga said...

saya masih berpegang pd fakta Tariq membakar kapal perangya...
Setelah Musa Bin harith sampai di Andalusia Toriq dipanggil mengadap utk memberi penjelasan setelah Musa Bin Harith ( Gebenor Afrika pd masa itu )termakan muslihat seorang ketua Yahudi....kapal perang Torig adalah pemberian seorang saudagar Spain iaitu Julias yg marah pd pemerintah GOTIQ raja Spain Rodrigueq tunangnya diperkosa dan dibunuh...
Julias pergi ke Morocco untuk meminta bantuan kerajaan ISLAM. Tariq diutus sebagai peninjau bersama 14K tentera secara rahsia ke Andalusia...tetapi ketibaan mereka dihidu oleh raja Gotiq dan berlaku peperangan disitulah Toriq membakar kapal utk menaikkan semangat tentera islam....Raja Gotiq membalas taktik Toriq dengan mengikat kaki askarnya agar mrk tidak dpt lari dr medan perang...Toriq melihat kesempatan itu lalu membakar padang rumput tempat berlakunya peperangan...dengan kemenangan itu bermulanya pembukaan Andalusia oeh Toriq bin Ziyad....

Insyaallah saya perincikan satu persatu ....