Thursday, December 16, 2010

Berkhatan dan Syafaat Selawat

Anak waled no.3 masuk jawi! Senyum simpul dia bila waled kata padanya dia dah jadi lelaki dewasa, tambah pula waled dah beli kereta control semalam. Jenuh juga nak bagi si manja ni tewas dengan ayat waled, maklumla dia memang manja dan bersaiz agak kecil berbanding dengan abang-abangnya semasa sunat dulu. Sampai depan klinik dia berenti tak nak masuk!

Dalam kereta waled ajar kan selawat yang perlu dibaca nanti.
"kalau kita selalu berselawat kepada nabi nanti kita dapat syafaat" kata waled.
"syafaat tu apa?"
"syafaat tu pertolongan" jawap waled ringkas.

Alhamdulillah, sepanjang proses yang makan masa 15 minit tu dia baca tanpa henti..Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad..

"masa sunat tadi Ubai rasa apa?" waled bersuara apabila selesai.
"Ubai tak rasa sakit pun, cuma rasa macam kena gigit semut Selangor masa doktor bius tadi" katanya perlahan.
"waled..waled, nabi Muhammad tolong Ubai ke tadi?"

waled cuma tersenyum dan pimpin tangannya masuk dalam kereta.

No comments: