Thursday, November 29, 2012

Jutawan Industri di zaman Rasulullah




Topik kali ni untuk orang yang ada impian untuk menjadi jutawan bertaqwa. Mari kita semak kehidupan sahabat Rasulullah yang berdiri dari jutawan industri orang-orang kaya. Selain dari iman dan taqwa yang tinggi mereka bersifat pemurah, suka memberi dan banyak membantu.


1. Sahabat Nabi bernama Abdul Rahman ibnu`Auf pula, mengikut Sa`ad bin Ibrahim dari cerita keluarga beliau bahawa Abdul Rahman pernah membahagikan hasil jualan bahagian hartanya dari ghanimah iaitu harta rampasan perang dalam peperangan  Bani An-Nadhir iaitu sebanyak 40,000 dinar kepada para isteri Rasulullah. Menurut Az-Zuhri, semasa hayat Baginda Rasulullah s.a.w beliau pernah bersedekah dari hasil keuntungan jualan perniagaannya dengan separuh hartanya, kira-kira berjumlah 40,000 dinar. Beliau juga bersedekah dengan sebanyak 500 kenderaan untuk kegunaan jihad fisabilillah.

Ibnu Abbas r.a. juga pernah menceritakan bahawa Abdul Rahman ibnu `Auf menyerahkan seluruh barang dagangannya yang baru tida dari negara Syam kepada Rasulullah s.a.w untuk disedekahkan.  Umar bin Al-Khatab pernah meriwayatkan bahawa Abdul Rahman ibnu Auf telah memenuhi permintaan Baginda Rasulullah s.a.w untuk memberikan sesuatu kepada cucu Baginda, iaitu Hasan dan Husain,  sehingga Rasulullah s.a.w bersabda: "Semoga Allah mencukupimu segala urusan duniamu. Adapun urusan akhiratmu, dakulah yang akan menanggungnya!" .



2. Abu Talhah: Beliau telah mewakafkan taman Bayruha. Terletak berhadapan Masjid Nabi. Taman ini merupakan taman kesayangannya dan pernah pula diziarahi oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan meminum air sungainya. Atas dasar aqidah yang utuh serta tunduk kepada perintah Allah Taala beliau tidak teragak-agak untuk mewaqafkannya sejurus selepas wahyu dari kalam suci Allah surah Ali Imran ayat 92. Apabila turun sahaja wahyu ini, Abu Talhah berkata kepada Baginda Rasulullah s.a.w:

"Wahai Rasulullah, Allah berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai…dan harta yang paling aku sayangi ialah taman Bayruha, jadi aku sedekahkannya pada jalan Allah dan berharap akan mendapat kebaikan daripadanya dan diterima oleh Allah. Oleh itu, ya Rasulullah, buatlah mengikut apa yang Allah perintahkan kepadamu". Nabi bersabda: "Itu adalah harta yang mengeluarkan hasil! Saya telah mendengar apa yang kamu katakan dan saya fikir kamu patut membahagikannya di kalangan kaum kerabatmu". "Saya akan berbuat begitu, ya Rasulullah s.a.w", kata Abu TalhahSahih Al-Bukhari.

2. `Uthman ibnu 'Affan juga banyak mewaqafkan hartanya untuk Islam dan untuk orang-orang miskin. Semasa krisis ekonomi di Madinah al-Munawwarah, beliau telah memberi sedekah gandum, kismis, minyak yang dibawa oleh 1,000 ekor unta kepada masyarakat Islam yang miskin di zaman khalifah Khalifah Sayyidina Abu Bakar As Siddiq. 'Uthman juga menolak tawaran daripada pedagang-pedagang yang ingin membeli dengan harga keuntungan lebih 5 kali ganda sebaliknya beliau tetap berhasrat membantu orang-orang miskin kerana sangat yakin bahawa Allah akan melipatgandakan rezekinya dengan 10 ganda daripada nilai tersebut berdasarkan janji Allah dalam  surah al-Baqarah.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk mewakafkan perigi bernama Bir Ruumah kepada umat Islam. Perigi tersebut sangat jernih airnya yang dibeli dari seorang Yahudi kerana ketika itu umat Islam menderita musim kemarau dan kesukaran memperolehi air. Selain itu, Uthman ibnu Affan juga telah menaja kesemua tentera Islam yang bersiap untuk bergerak menentang tentera Rom dengan hartanya sebanyak 700 uqiyah emas.


Sifat dermawan dan hartawan yang kaya jiwa di zaman kegemilangan Islam turut dilakukan oleh orang-orang biasa. Mereka melakukan pengorbanan harta yang sebegini terhadap Islam, antaranya ialah seramai 70 orang syuhada' Ansar yang digelar penghafal Qur'an, yang kemudiannya syahid dalam peristiwa jihad di Bi`r Ma`unah turut membantu  ahli suffah dan orang miskin dengan membelikan makanan untuk ahli suffah dengan hasil jualan kayu dan mengambil upah mengangkat air ke masjid. Anggota masyarakat zaman Rasulullah s.a.w yang mempunyai kebun kurma pula menggantung gugusan kurma di tali yang diikat di antara dua tiang  masjid sebagai sedekah kepada ahlus-suffah dan orang-orang miskin.

Pengiraan.


1 uqiyah bersamaan :

= 123.958g [Pengiraan = 500 dirham / 12 uqiyah X 2.975g]
= 3.99 troy oz = 4.37 oz = 29.17 dinar = 41.67 dirham = 2 nasya

1 nasya  bersamaan dengan
= 61.979g = 1.99 troy oz = 2.19 oz = 14.58 dinar = 20.83 dirham

** - Sumber HR. Muslim
Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Rasulullah saw., “Berapakah nilai mahar yang diberikan oleh Rasulullah?
Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda berikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?
Aku berkata, “Tidak?
Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah untuk isteri-isteri Baginda."

Thursday, October 11, 2012

Bersihkan sawang laman sesawang..dan cerpen

Waled rasa dah hampir setahun tinggalkan blog ni..waled-merentasisempadan..sebab apa merentasisempadan ? bukan merentasi benua? merentasi laut..apa pn merentasi ia masih difahami sebagai menyeberangi..aduss, menyeberangi pulak..

Dah tiba masanya waled ingin mengisi masa 'rehat' memerah otak menyiapkan tesis dengan mengarang apa jua yang waled rasa boleh dimanfaatkan bersama pelayar-pelayar internet sama ada ter entry blog ini atau memang mencari sumber dari sini..ahlan!

Hurm..waled ingin mulakan dengan cerpen..walaupn tak tergolong dalam profesyen penulis cerpen tapi nak tulis jugak..haha..

Cerpen berkaitan topik umum yang dikaji sejak tahun 2006 lagi..la ni pun dok kaji lagi pasal tamadun Andalusia lagi..adehh..tapi cerpen ni berkisar konspirasi cinta antara puteri dan putera dua kerajaan Kristian di Andalus satu ketika dulu..tajuk cerpen ni "Cinta Berdarah Isabella"..ok ..apa kaitannya cinta berdarah ni..suspen?memang nk bagi suspen..(kekeke..)
1492 - Granada. 
Pagi itu pemaisuri kerajaan Castile bersiap lebih awal dari biasa. Sejak semalam dia tidak sabar-sabar menyertai suaminya dan pasukan tentera Salibi meraikan kejayaan mereka. Suasana bandar Granada sangat meriah dengan ribuan tentera Salibi berbaris sepanjang jalan dan berkawal. Bendera-bendera berkibar megah melintang di sana sini dengan lambang palang berwarna biru muda berlatarkan warna putih. Di setiap kedai, rumah, loteng, sekolah, dewan dan penduduk di beri bendera. Mereka wajib mengibarkan bendera apabila raja dan pemaisuri lalu di situ. Jika enggan, nasib mereka pasti teruk. Bukan orang-orang Muslim tidak tahu sejak kerajaan-kerajaan Islam dirampas dari umat Islam segala keindahan hidup di taman syurgawi Andalus telah menjadi jurang api kini. Musnahnya suasana damai itu digantikan dengan ketakutan tanpa mengira waktu dan jantina hatta warga tua juga tidak terkecuali. Juak-juak Salibi sewenang menarik jilbab muslimah yang enggan membuka hijab apatah lagi yang menutup muka, pasti dipukul dengan senapang. Bukan setakat itu, larangan yang dikenakan berkuat kuasa serta merta sejak  Januari 1492 Salibi merampas Granada ialah jangan sesiapa pun berbahasa Arab! 

bersambung...
tunggu cerita selanjutnya, siapa pemaisuri tersebut? apa hubungannya dengan persiapan pagi itu?  

Sunday, October 23, 2011

Khutbah Jumaat Waleed di Masjid USM. Penguasaan Ilmu






PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN


الحمد لله مستحقِ الحمد بلا انقطاع، ومستوجبِ الشكر بأقصى ما يستطاع، الوهابُ المنان، الرحيم الرحمن، المدعو بكل لسان، المرجو للعفو والإحسان، الذي لا خير إلا منه، ولا فضل إلا من لدنه. وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، الجميل العوائد، الجزيل الفوائد، أكرم مسؤول، وأعظم مأمول، عالم الغيوب مفرّج الكروب، مجيب دعوة المضطر المكروب، وأشهد أن سيدنا محمداً عبده ورسوله، وحبيبه وخليله، الوافي عهده، الصادق وعده، ذو الأخلاق الطاهرة، المؤيّد بالمعجزات الظاهرة، والبراهين الباهرة. صلى الله عليه، وعلى آله وأصحابه وتابعيه وأحزابه، صلاة تشرق إشراق البدور. {يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ} [آل عمران:102

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah di hari yang mulia ini, pada Jumaat sayyidil ayyam kita meletakkan diri kita dalam zon peningkatan kualiti taqwa dengan melakukan seberapa banyak amalan soleh dan menjauhi seberapa boleh amalan yang merugikan. Kerana kita amat memerlukan benteng taqwa ini untuk melindungi dan mengawasi diri kita daripada tergelincir dalam lembah yang membinasakan.

Sidang Jumaat sekelian,

Islam amat menggalakkan umatnya menguasai ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam asas ilmu Fardhu Ain seperti persoalan aqidah, fekah dan akhlak bahkan ilmu fadhu kifayah yang lain seperti astronomi, kejuruteraan, geografi, falsafah, seni bina dan lain-lain lagi. Kemampuan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan secara kolektif dapat menjadikan umat Islam memiliki suatu kekuatan pengetahuan yang bersifat multi disiplin dan supaya kecemerlangan yang di asakan atas prinsip Mukmin Muslim dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses dwi ilmu ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita apatah lagi ia pula tersenarai dalam Perancangan Strategik 5 tahun dalam prinsip yang ke-4 iaitu Penguasaan Ilmu Pengetahuan dalam strategi ke-20 yang berbunyi

“ Mempertingkatkan usaha-usaha penguasaan ilmu secara meluas, berterusan dan bersepadu antara ilmu fardhu ain dengan ilmu fadhu kifayah”.

Dalam huraiannya pada para yang ke-4 dinyatakan perlunya peringkat institusi pengajian tinggi, lebih banyak fakulti akan menawarkan program dwi pengkhususan (double major) yang melahirkan graduan pakar dalam bidang agama dan lain-lain bidang seperti doktoran, bio-technology, farmasi dan seumpamanya. Di samping mewujudkan prasarana yang lebih luas, masyarakat perlu diberi kesedaran dan diterapkan ruh Islami supaya kita tidak memisahkan antara kepentingan mempelajari ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.



Firman Allah SWT dalam al-Qur’an surah al-Mujadilah ayat 11:

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian diminta untuk melapangkan tempat duduk bagi orang lain agar ia dapat duduk bersama kalian maka lakukanlah, Allah pasti akan melapangkan segala sesuatu untuk kalian! Dan apabila dikatakan “berdirilah maka berdirilah nescaya Allah akan meninggikan (kedudukan) orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”.


Sidang Jumaat dirahmati Allah,

Kekeliruan atau skeptitisme masyarakat hari ini terhadap istilah sains membawa kepada ketidakadilan maksud ilmu yang sebenar. Istilah sains dalam kalimah Arab disebut ‘al-‘ulum,’ kata dasarnya ialah ‘al-‘ilm’ yang membawa pengertian suatu ilmu. Ilmu sains telah dilihat mempengaruhi perkembangan tamadun bangsa seperti yang dijelaskan dalam ini. Istilah sains tersebut mula diberi dimensi baru oleh peradaban barat dan memberi implikasi kepada aspek ketamadunan bangsa. Permasalahan timbul apabila penilaian sains dan teknologi hari ini seolah-olah melihat konsep yang dibentuk oleh Barat dan Eropah sebagai model. Secara tidak langsung menafikan kewujudan tamadun Islam yang pernah mewarnai zaman kegelapan Barat dan Eropah suatu ketika dahulu

Bagi orang Islam pendekatan Islam meletakkan keseimbangan iman dan taqwa kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan mantap akidah, akhlak dan penguasaan ilmu duniawi adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam surah al-A’raaf :96,

Yang bermaksud : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Dalam sejarah masyarakat Islam yang maju lagi bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan dwi ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana gabungan ilmu yang integratif mampu menyumbang ke arah pembangunan modal insan dan ketamadunan fizikal bahkan memberi ledakan kepada tamadun disebelah Barat.

Sebagai contoh mari kita mengimbas sejarah peribadi ringkas silam tokoh yang berjaya mencipta nama di persada dunia di antaranya ialah :

Abu Bakar Muhammad ibn Yahya ibn Bajjah (Avempace) (m.1138 Masihi), ia dilahirkan di Saragosa, seorang ahli matematik, astronomi, perubatan dan penyair, selain hafal al-Quran beliau pula mahir dalam ilmu fizik dan falsafah.

Selain itu juga, Abu al-Walid ibn Rushd (m.1198 Masihi). Ibn Rushd adalah seorang ahli fekah, perubatan dan ahli falsafah terbesar dalam sejarah Islam pernah menjawat jawtan hakim di Seville dan Cordova. Kerana kepakarannya juga dalam bidang kedoktoran, Ibn Rushd pernah dilantik menjadi doktor istana Sultan. Karya besar yang ditulis oleh Ibnu Rushd adalah Kitab Kulliyyah fi-al-Tibb atau Ensiklopedia Perubatan yang terdiri dari 16 jilid yang pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 Masihi, kemudian buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan nama "General Rules of Medicine" sebuah buku kajian wajib di universiti-universiti di Eropah.


Hadirin Jumaat sekelian,

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah akan mempercepatkan proses kecemerlangan ke arah masyarakat yang glokal bagi membina generasi yang memiliki minda kelas pertama. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major ini, kita mampu melahirkan sumber tenaga yang akan menerajui pembangunan ummah dan negara.

Usaha penggalian, penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam tidak lagi ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan tersusun. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah A-li‘Imraan: 190

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

Sinopsisnya, dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor dwi ilmu sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

Thursday, October 6, 2011

Andainya Rasulullah saw. Bersama kita...



Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu




Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب

Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب

Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب

Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب



Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب

Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب

Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب

Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب



Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب

Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب

Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب

Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين



Englsih Subtitle / Translation



If the beloved (saw) were among us

Those from far & near will come to him (saw)

Hoping to see the sun of goodness before it sets

Desiring to be near to Him (saw)



In this company the soul feels great

On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer

The light of Taha (saw) will not cease to exist

Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)



I am willing to sacrifice my life for you

Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers

In your company the soul feels great

Oh mercy to all the worlds (saw)



..erm, ada yang menangis sedih dalam rancangan nie apabila seorang wanita Arab ditanya soalan: Andai Rasulullah Bersama Anda Sekarang, Apa yang akan Anda katakan? Jawabnya: Dia mohon Rasulullah bawanya bersama pergi daripada dunia yang fana ini, kemudian dia menangis. Lebih kurang begitulah maksudnya. Bagaimana pula jawapan anda?.. seandainya sekarang Rasulullah bersama Anda?