Saturday, February 5, 2011

al-Rumad (conjunctivitis). Ini belum buta lagi!

Toriq disahkan mengidap al-Rumad. 2 minggu waled  dan ibunya bergilir menjaga Toriq akibat hadhanah tak terima anak-anak yang mengidap penyakit berjangkit. Ulang alik ke hospital dan klinik pakar dan akhirnya tiba masa yang sangat tidak ditunggu-tunggu doktor mengesahkan waled dapat jangkitan conjuntivitis!

Dengan kaffarah dan ujian dari Allah ni membuatkan waled betul-betul terfikir bagaimana hamba-hamba-Nya yang langsung tidak mampu melihat..Ini baru sakit mata bukan buta lagi, waled tak mampu bukak mata dan melihat cahaya sepenuhnya. Ujian-Nya tiada siapa yang menduga.

Nota berkaitan conjunctivitis:
Conjunctivitis atau lebih dikenali sebagai sakit mata adalah sejenis jangkitan mata yang mudah untuk berjangkit.

Mata menjadi merah, dipenuhi tahi mata,dan sukar untuk membuka mata.

Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata.

Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata.

Titiskan sedikit sir susu ibu secara langsung ke permukaan mata anda.

Angkat kelopak mata anda sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya.

Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari, atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan.

Jika gejala sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
 
 
----
Punca peryakit

1. bakteria( jenis haemophilus)

2. jangkitan virus (beserta selsema )

3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.

Jangkitan melalui:

• tangan yang tercemar

• tuala

• alat kosmetik

• bulu mata palsu

• kanta sentuh

tanda-tanda:

• gatal

• mata merah

• perit terkena cahaya

• mata bertahi

• bengkak mata

• sakit

• rasa “pasir” dalam mata

• kabur penglihatan

tempoh:ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.Pencegahan:

Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:

• mengelakan tangan menyentuh mata

• kerap menyuci tangan

• tidak berkongsi tuala atau sapu tangan

• tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata

• penggunaan kanta sentuh secara bersih

• memakai alat pelindung mata apabila perlu

• tidak berenang didalam kolam yang kotor

AMARAN:

Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda

• penglihatan berubah

• sakit mata yang bersangatan

• sakit ketika menggerakkan bola mata

• tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat

• teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti

• mata terlalu sensitive kepada cahaya

Rawatan:bergantung kepada punca penyebabnya.

Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan.Petua:

• gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.

• Elakkan daripada menggosok mata.

• Kerap mencuci tangan.

• Jauhkan tangan daripada mata.

• Gunakan kacamata hitam.

• Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.

• Elakkan menggunakan kanta sentuh.

• Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.

No comments: