Tuesday, December 21, 2010

Kembalikan Ketuanan Masjid Wahai Pemuda

Photobucket
Dengan izin dari pengarang :).Jazakumullah

Waled membuka siaran kegemaran radio pilihan utama 102.7 IKIM.fm semalam dalam kereta. Walaupun gelombang frekuansi sering terganggu dan kekadang tercampur dengan lagu-lagu dari siaran lain waled dan keluarga tetap jadikan IKIM.fm pilihan utama.

Ada satu siaran yang menarik perhatian waled. Ketuanan masjid yang kian pupus akibat tiada penglibatan golongan muda. Katanya si penceramah tu, jawatankuasa sering menidakkan keanggotaan golongan muda belia dan kalau ada pun lantikan, idea dari golongan ini diperlekeh dan dipinggirkan. Hmm..ada betulnya. (berdasar pengalaman dan pemerhatian waled) Katanya lagi mendominasi aktiviti adalah program ceramah, ceramah dan ceramah..mana program untuk pemuda? sekali sekala adakan jungle tracking dan hiking lalu diadakan sesi forum di atas puncak bukit! wah..menarik. Banyak lagi cadangan yang dikemukakan. Bukanlah tujuan waled untuk menyenaraikan kesemuanya dan ini hanya sekadar lontaran isi hati.

Justeru, waled juga sarankan Ketuanan masjid perlu diperkasakan semula malah jawatankuasa perlu lebih berganda memprogram pemuda pemudi di kawasan masing-masing. Eksploitasi mereka dengan sebaiknya. Jika tidak koncu-koncu parasit akan ambil kesempatan. Jangan salahkan mereka terkinja-kinja jika kita hanya berpeluk tubuh dan sekadar melepaskan batuk ditangga! Bila lagi debu-debu jendela masjid hendak dibersihkan?

Thursday, December 16, 2010

Berkhatan dan Syafaat Selawat

Anak waled no.3 masuk jawi! Senyum simpul dia bila waled kata padanya dia dah jadi lelaki dewasa, tambah pula waled dah beli kereta control semalam. Jenuh juga nak bagi si manja ni tewas dengan ayat waled, maklumla dia memang manja dan bersaiz agak kecil berbanding dengan abang-abangnya semasa sunat dulu. Sampai depan klinik dia berenti tak nak masuk!

Dalam kereta waled ajar kan selawat yang perlu dibaca nanti.
"kalau kita selalu berselawat kepada nabi nanti kita dapat syafaat" kata waled.
"syafaat tu apa?"
"syafaat tu pertolongan" jawap waled ringkas.

Alhamdulillah, sepanjang proses yang makan masa 15 minit tu dia baca tanpa henti..Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad..

"masa sunat tadi Ubai rasa apa?" waled bersuara apabila selesai.
"Ubai tak rasa sakit pun, cuma rasa macam kena gigit semut Selangor masa doktor bius tadi" katanya perlahan.
"waled..waled, nabi Muhammad tolong Ubai ke tadi?"

waled cuma tersenyum dan pimpin tangannya masuk dalam kereta.