Thursday, November 29, 2012

Jutawan Industri di zaman Rasulullah




Topik kali ni untuk orang yang ada impian untuk menjadi jutawan bertaqwa. Mari kita semak kehidupan sahabat Rasulullah yang berdiri dari jutawan industri orang-orang kaya. Selain dari iman dan taqwa yang tinggi mereka bersifat pemurah, suka memberi dan banyak membantu.


1. Sahabat Nabi bernama Abdul Rahman ibnu`Auf pula, mengikut Sa`ad bin Ibrahim dari cerita keluarga beliau bahawa Abdul Rahman pernah membahagikan hasil jualan bahagian hartanya dari ghanimah iaitu harta rampasan perang dalam peperangan  Bani An-Nadhir iaitu sebanyak 40,000 dinar kepada para isteri Rasulullah. Menurut Az-Zuhri, semasa hayat Baginda Rasulullah s.a.w beliau pernah bersedekah dari hasil keuntungan jualan perniagaannya dengan separuh hartanya, kira-kira berjumlah 40,000 dinar. Beliau juga bersedekah dengan sebanyak 500 kenderaan untuk kegunaan jihad fisabilillah.

Ibnu Abbas r.a. juga pernah menceritakan bahawa Abdul Rahman ibnu `Auf menyerahkan seluruh barang dagangannya yang baru tida dari negara Syam kepada Rasulullah s.a.w untuk disedekahkan.  Umar bin Al-Khatab pernah meriwayatkan bahawa Abdul Rahman ibnu Auf telah memenuhi permintaan Baginda Rasulullah s.a.w untuk memberikan sesuatu kepada cucu Baginda, iaitu Hasan dan Husain,  sehingga Rasulullah s.a.w bersabda: "Semoga Allah mencukupimu segala urusan duniamu. Adapun urusan akhiratmu, dakulah yang akan menanggungnya!" .



2. Abu Talhah: Beliau telah mewakafkan taman Bayruha. Terletak berhadapan Masjid Nabi. Taman ini merupakan taman kesayangannya dan pernah pula diziarahi oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan meminum air sungainya. Atas dasar aqidah yang utuh serta tunduk kepada perintah Allah Taala beliau tidak teragak-agak untuk mewaqafkannya sejurus selepas wahyu dari kalam suci Allah surah Ali Imran ayat 92. Apabila turun sahaja wahyu ini, Abu Talhah berkata kepada Baginda Rasulullah s.a.w:

"Wahai Rasulullah, Allah berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai…dan harta yang paling aku sayangi ialah taman Bayruha, jadi aku sedekahkannya pada jalan Allah dan berharap akan mendapat kebaikan daripadanya dan diterima oleh Allah. Oleh itu, ya Rasulullah, buatlah mengikut apa yang Allah perintahkan kepadamu". Nabi bersabda: "Itu adalah harta yang mengeluarkan hasil! Saya telah mendengar apa yang kamu katakan dan saya fikir kamu patut membahagikannya di kalangan kaum kerabatmu". "Saya akan berbuat begitu, ya Rasulullah s.a.w", kata Abu TalhahSahih Al-Bukhari.

2. `Uthman ibnu 'Affan juga banyak mewaqafkan hartanya untuk Islam dan untuk orang-orang miskin. Semasa krisis ekonomi di Madinah al-Munawwarah, beliau telah memberi sedekah gandum, kismis, minyak yang dibawa oleh 1,000 ekor unta kepada masyarakat Islam yang miskin di zaman khalifah Khalifah Sayyidina Abu Bakar As Siddiq. 'Uthman juga menolak tawaran daripada pedagang-pedagang yang ingin membeli dengan harga keuntungan lebih 5 kali ganda sebaliknya beliau tetap berhasrat membantu orang-orang miskin kerana sangat yakin bahawa Allah akan melipatgandakan rezekinya dengan 10 ganda daripada nilai tersebut berdasarkan janji Allah dalam  surah al-Baqarah.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk mewakafkan perigi bernama Bir Ruumah kepada umat Islam. Perigi tersebut sangat jernih airnya yang dibeli dari seorang Yahudi kerana ketika itu umat Islam menderita musim kemarau dan kesukaran memperolehi air. Selain itu, Uthman ibnu Affan juga telah menaja kesemua tentera Islam yang bersiap untuk bergerak menentang tentera Rom dengan hartanya sebanyak 700 uqiyah emas.


Sifat dermawan dan hartawan yang kaya jiwa di zaman kegemilangan Islam turut dilakukan oleh orang-orang biasa. Mereka melakukan pengorbanan harta yang sebegini terhadap Islam, antaranya ialah seramai 70 orang syuhada' Ansar yang digelar penghafal Qur'an, yang kemudiannya syahid dalam peristiwa jihad di Bi`r Ma`unah turut membantu  ahli suffah dan orang miskin dengan membelikan makanan untuk ahli suffah dengan hasil jualan kayu dan mengambil upah mengangkat air ke masjid. Anggota masyarakat zaman Rasulullah s.a.w yang mempunyai kebun kurma pula menggantung gugusan kurma di tali yang diikat di antara dua tiang  masjid sebagai sedekah kepada ahlus-suffah dan orang-orang miskin.

Pengiraan.


1 uqiyah bersamaan :

= 123.958g [Pengiraan = 500 dirham / 12 uqiyah X 2.975g]
= 3.99 troy oz = 4.37 oz = 29.17 dinar = 41.67 dirham = 2 nasya

1 nasya  bersamaan dengan
= 61.979g = 1.99 troy oz = 2.19 oz = 14.58 dinar = 20.83 dirham

** - Sumber HR. Muslim
Abu Salamah bin Abdurrahman berkata, “Aku bertanya kepada Aisyah, isteri Rasulullah saw., “Berapakah nilai mahar yang diberikan oleh Rasulullah?
Aisyah menjawab, “Mahar yang baginda berikan untuk isteri-isterinya sebesar 12 uqiyah dan nasya. Aisyah berkata, Apakah engkau tahu apakah nasya itu?
Aku berkata, “Tidak?
Kata Aisyah, “Nasya adalah ½ uqiyah. Maka nilainya sekitar 500 dirham. Demikianlah mahar Rasulullah untuk isteri-isteri Baginda."