Monday, May 24, 2010

Apabila ALLah jadi no.2 dalam hidup...



"Itulah kak saya rasa memang akak kena ubah balik cara akak berdoa, lebih-lebih lagi ingatan tu jangan letak arwah segala-galanya bagi diri akak"

Waled mengulang-ulang ayat dalam versi yang pelbagai. Agar dia faham bahawa point yang ingin waled sampaikan ialah "Letakkan Allah no.1, ingatan kepada Nya juga no.1 bukan kepada orang yang kita sayang.."

Kelmarin dulu waled dihubungi oleh seseorang. Senang dibahasakan sebagai kak X. Beliau buat temujanji nak jumpa waled selepas habis kelas tajwid nanti. Oklah, waled tak ada masalah pun dan memang bersedia untuk cuba memenuhi hajat orang yang minta bantuan. Apatah lagi waled sentiasa ingat maksud ayat dalam surah al-Dhuha tentang orang-orang yang meminta-minta (bahkan haiwan yang meminta-minta sekali pun!)

Waled pun cuba menjadi pendengar yang setia sambil mencelah sekali sekala..

"walaupun arwah dan akak macam tak boleh dipisahkan tapi ketentuan Allah dah mengatasi kehendak kita.."

"betul tu, tapi akak pegi mana-mana seolah-olah arwah masih ada.akak tak boleh buat apa-apa, sedih sangat, sampai suami pun marah pulak, bukannya nak pujuk macam suami-suami lain buat.."

waduh..ni dah compare suami kita dgn orang lain ni..bahaya..

Inilah jadinya bila manusia tidak lagi meletakkan Allah dalam hati, buat amalan pun kerana orang tersayang, baca qur'an pun asyik nak sedekah pahala kat orang. doa pun semua untuk orang lain..Akhirnya kita sendiri lupa bahawa pelihara diri sendiri dahulu kemudian orang lain dari murka Allah (surah al-Tahrim:6)

"Redhalah kak, arwah dah kembali kepada Allah..dia dapat lebih dari apa yang akak sangkakan..yang perlu akak risaukan ialah kita ni, diri akak skang ni..apa yang kita nak bawak jumpa Allah nanti" waled menutup perbualan.

Semoga beliau diberi kekuatan untuk teruskan perjuangan hidup tanpa kehadiran insan tersayang disisinya. :)

No comments: