Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Eid Adha..Unta tak ada ke?




Alhamdulillah, semalam masjid al-Malik Khalid USM adakan Ibadah Qurban dan Aqiqah di perkarangan dapur Pusat Islam. Meriah dengan orang ramai yang datang tengok dan ada juga yang datang nak belajar. Belajar sembelih, melapah, memotong daging dan belajar erti pengorbanan tu sendiri. Termasuklah waled sendiri 1st time praktikal sembelih lembu. :) sebelum ni hanya sembelih kambing je..Tak dinafikan sambutan sangat menggalakkan. Penganjur dapat mengumpulkan hampir 100 orang yang ambil bahagian sama ada bahagian lembu atau kambing. 16 ekor lembu dan 6 ekor kambing semuanya. "Unta tak ada ke?" tanya wakil pejabat PR. Apa pun doa waled "Semoga Allah menerima ibadah  hamba-hamba-Nya yang ikhlas ini. amin ya Rabb".

Semasa sembang-sembang di bawah khemah melapah sempatla beberapa rakan bertanya soalan berkisar ibadah qurban dan aqiqah. Satu soalan yang waled tak dapat jawapan ialah tentang makan unta.. "batal ke wuduk kalau makan daging unta?saya dengar dalam ceramah" kata Asyraf. Waled pernah dengar tapi tak dapat nak bagi kepastian tentang hukum sebenar. Jadi waled bermonolog "hm..banyak lagi aku tak tau ni.." Hari ni sempat cari huraian yang sebenar tentang hukum tu..harap-harap dapat membantu.

“Ada seseorang yang bertanya pada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, “Apakah aku mesti berwuduk setelah memakan daging kambing?” Beliau bersabda, “Jika engkau mau, berwuduklah. Namun jika enggan, maka tidak mengapa engkau tidak berwuduk.” Orang tadi bertanya lagi, “ Apakah seseorang mesti berwuduk setelah memakan daging unta?” Beliau bersabda, “Iya, engkau harus berwuduk setelah memakan daging unta.”

HR. Muslim no. 360

Ibn al-Mundziri r.h berkata:


“Wajib berwuduk selepas makan daging unta kerana tsabit melalui hadis dan sanad.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, ms. 138)

Ibn Qudamah r.h berkata:

“Makan daging unta membatalkan wudhu’ serta merta sama ada dimakan secara mentah atau dimasak dan dalam keadaan tahu atau jahil.” (Rujuk al-Mughni, jil. 1, ms. 250)




1 comment:

Ashraf said...

Just got new info regarding the issue statement:

Jika mengikut Mazhab Hambali - makan unta perlu berwudhu'.
Tetapi di dalam mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi - makan unta tidak perlu berwudhu'.

Bagi mazhab syafie yg dimaksudkan berwuduk dlm hadis ini ialah berkumur, membasuh mulut dan tangan... selepas memakan daging unta..dan tidak membatalkan wuduk sila rujuk kitab bahrul mazi jilid 1

http://tanya-ustaz.27233.n3.nabble.com/Perkara-membatalkan-wuduk-td983292.html

juga blh baca ni :
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Persoalan%20Thaharah/9.htm#_ftnref12

Allhua'lam..